Archive for May, 2007

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik… saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat hatinya. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki inggeris yang terdengar jeritan wanita tadi, menyambutnya di balkoni.

wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
lelaki inggeris : sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
wanita : Bagaimana?
lelaki inggeris : Tidur dengan aku..
wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa? Tidak!!
lelaki inggeris : Baiklah kalau macam tu..

Lelaki Inggeris melepaskan smula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.

wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
lelaki Perancis : sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
wanita : Bagaimana?
lelaki Perancis : Tidur dengan aku..
wanita : Lelaki #)*&$@!! Aku tak mau!
lelaki inggeris : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu..

Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50,40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20 seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata..

wanita : Terima kasih, awak telah menolong saya.
Sebgai membalas jasa, saya akan tidur dgn awak.
Lelaki Arab : Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut.)

Koleksi Lawak

by admin | May 26, 2007 | In Lawak 18SX No Comments

Paling tua

Di sebuah sekolah tabika di pinggir kota.

Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya…

stesen keretapi

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter

Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??

Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??

Makcik : Makcik nak melintas aja


Kuar masuk disko

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya,

“Aku terpaksa minta cerai dari suamiku.”

“Kenapa..?” tanya temannya kehairanan.

“Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko,” jawab si ibu muda.

“OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?” tanya temannya lagi.

“Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !” jawab si ibu muda.

Bersiul

Seorang gadis kampung yang baru bernikah diajar supaya selalu membahagiakan suami.

Pada suatu pagi, ketika mereka sedang berbulan madu, gadis muda itu bangun dari tempat tidur setelah selesai membuat hubungan dengan suaminya, tiba2 melepaskan bunyi kentut yang sangat kuat hingga bergegar katil. Malu giler si isteri tu.

Dia melihat suaminya dan berkata,”Maaf bang, yang depan ni terlalu gembira sehingga yang belakang ikut bersiul”

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.
[More]

Spesel

by rajalawak | May 19, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja..
tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia.
Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya,
tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.
Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu
peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana
lebih kurang pukul 10:00 pagi… perut dia pun agak berkeroncong sikit la.
Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..
[More]

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa
berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di
pandunya.

Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30
pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki
kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu.
Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.
[More]

UBAT SAKIT KEPALA

by admin | May 3, 2007 | In Lawak 18SX No Comments

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, “Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?” “Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!” kata bos. “Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga,” terang Semaun.

“Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!”