Archive for June, 2007


Aku ada cerita ni… lawak la jugak.. tapi jangan
ketawa tau… Aku baru berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja
sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus.
Pagi
petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu
dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku

katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada
telur
rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji
telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba
je
kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas

dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum
aku
masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada
’surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba
buka
ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal,
tapi
malaslah nak spoilkan ’surprise’ isteriku ini. Aku
pun tahan ler… Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi

mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun
melepaskan
kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya… bau boleh tahan… maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan
satu
das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan
cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah

macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu
isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu
surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku
rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan
angin
taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega…
bergegar
sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau
dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau

dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati
bunga
atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup
mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh
lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku
terus
melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka

merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik
ipar
aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?
jadi
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
aku. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku
pun
jawab.’Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!’.:
habih :.

Siape anak haram?

by admin | June 26, 2007 | In Lawak 18SX No Comments

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm…. Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!! #@#$@#$

Timbang Berat

by rajalawak | June 19, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba
di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00..mesin komputer menjawab: “47 kg!”
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: “52 kg!”
[More]

Nenek Ani

by rajalawak | June 19, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do’a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
[More]

Jam Dinding

by rajalawak | June 19, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
[More]

Pelatih Baru

by rajalawak | June 16, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya… Terus Mendail…

“Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!” Katanya Menengking.

“Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?” Kata Suara Di Hujung Talian.

“Tidak” Jawab Rosman.

“Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?” Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

“Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?” Tanya Rosman.

“Tak, Awak Siapa?” Balas Pengarah Urusan Itu.
[More]

Al-Kisah…

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : “Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari”.

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : “Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?”. Tanya Si Koboi.
Si Ular : “Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?”. Kata Si Ular Itu.
[More]

Cemburu

by pelawak | June 11, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
[More]