Archive for November, 2007

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik… saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Sketsa 1

Lokasi: Di Rumah Mahaguru

Mahaguru: Kau hapallah ayat ni Nak mudah2an kau berjaya halau segala jenis hantu espeseli puntianak
Murid: Baiklah tok guru

3 hari kemudian,

Mahaguru: Mana sudah hapalan kau tu?
Murid: (sambil mulut kumat-kamit baca ayat kursi)
Mahaguru: Nah! pandai sudah kau tu bah, jgn lupa amal selalu

murid pon berlalu setelah tamat berguru.

Sketsa 2

Lokasi: Kira-kira 1KM dari rumah Mahaguru, suasana keliling hujan renyai-renyai time senjakala di pinggir hutan

Murid: Di mana lagi aku mau test ini ilmu baru ni hah???, sudah 3 ekor puntianak kena oleh aku, abis bah bertempiaran…… aku mau test lagi satu ekor ni baru aku yakin 100%………. (sambil berpikir……….. aku dengar puntianak dekat pokok pisang paling bikin takut………..mau test ni)

ggggggggeeerrrrrrrrr…………ggggggggggeeeeeeee errrrrrrr………..ggggggggggggeeeeeeeeerrrrrrrrr (bunyi untuk mengumpan puntianak)

selang 15 minit puntianak pun muncul disinari cahaya kilauan kilat………….

Murid: (mulut kumat-kamit baca ayat kursi - dgn tekun sekali)
Puntianak: hhhhhhhheeeeeeeeeeee……….. hhhhhhhhhhheeeeeeee hhhhhhhheeeeeeeeeeeee……….. apa kau baca tu bro…..??? hhhhhhhheeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhheeeeeeeeeeeee (puntianak mengilai tidak berhenti-henti)
Murid: “ala sudah tujuh kali aku baca kenapa puntaianak ni inda’ lari ni”

Puntianak semakin hampir………. kira-kira tinggal 3 depa saja lagi…………

Murid sudah kelam-kabut, bacaan pon tunggang-terbalik…….. puntianak semakin dekat………. menunggu masa sahaja untuk menerkamnnya…………..

hehehheheheeeeeeeeee………….hehhehehehhehehee eeeeee hehehheheheheh…………hehehhehehe (ilai puntianak)

Murid tanpa buang masa terus langkah seribu……….. (mana mau lari ni……………………murid teringat rumah Mahaguru………terus menuju ke arah rumah Mahaguru)

tok! tok!tok!…………… bunyi pintu diketuk berkali-kali

Mahaguru: Siapa??? (dgn nada garang)
Murid: Aku Tok Guru, Oyok Gundul………..
Mahaguru: Oh…… OOOO..yok, kenapa kau basah-basah ni Yok???
Murid: Alalallalalallaaa puntianak bubut (kejar) aku tok guru……..
Mahaguru: mana sudah ilmu kuajar sama kau………… kau inda’ amal kah?
Murid: Ala…………. mau sepuluh kali sudah kubaca inda’ jua dia takut, makin dibubutnya aku ada lah!!!!!!!!!
Mahaguru: Bah! Mana puntianak tu??? (dengan lagak pendekar)
Murid: tu nah tu!!! (sambil menunding jari ke arah puntianak itu)
Puntianak: Heeeeheeeeeheeeeeee!!!!! (semakin kuat ilainya)
Mahaguru: Itu kah??? Alalalallalalaaaaa……… masuklah kau Nak………
Murid: kenapa guru? kasi halau lah bah cepat puntianak tu……
Mahaguru: masuk kau cepat!!! kau mau tau… itulah juga puntianak yang bubut aku masa bujang-bujang dulu……… abis segala jampi, ayat quran aku baca……….. inda’ mau lari-lari…………… memang puntianak palui (tak guna) tu…….. tuli bah puntianak tu……………..

Heeeeeheheheheheeeeeeeeee………….. heheheheheheeeeeeeeeeeeee……………..hehehehh eheheeeeeeeee

Samy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk melintasi itu jalan. Lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, bagitau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll… itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup… kita boleh survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia (TV3):
Seperti saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling dasyat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan. Seperti pepatah melayu berkata.. ayam di jalan di lintaskan; ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):
Apa kejadahnya ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saja. Ayam semua dah besar kepala…dan dah tak nak duduk reban… dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Arifin Ismail (Misteri Nusantara TV3):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampong ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampong ini. Apakah maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, “Jangan biarkan hidup anda diselubungi… MISTERI”

Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):

“Ayam siapa kalau bukan ayam kita”

Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yang melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL!

Md. Said Yusof (BN Jasin):

Apa salahnya… biarkan mereka melintas…tutup sebelah mata ajelah… ayam-ayam terlebih besar sikit sahaja. Lagi pun semuanya itu ayam saya.

Shahrir Abdil Samad (ex Pengerusi BBC):

Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ianya bertentangan dengan prinsip saya, maka saya RESIGN!!!

Bill Gates:

I have just released the new Chicken Office 2006, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.

Dr M:

You know, I am tired of all this….’apa nama’ chicken-chicken bisnes…you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits…. So why are we Chicken out??

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja… jangan percaya khabar-khabar angin ini semua… biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua… Jangan percaya… We’ve decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people… nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion… ini biasalah.

Tak Cukup Tinggi

by rajalawak | November 19, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah… sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang RM10 sahaja… dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan… kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.

Pemilik rumah tumpangan menjelaskan…
[More]

Pak Pandir Dan Waja

by rajalawak | November 7, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak
Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana
bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana
dia sudah mempunyai anak.

“Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada
kita?” kata Pak Pandir.

“Kenapa abang tanya macam tu?” balas Mak Andeh.

“Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya
kena bagi awak dan anak kita makan…takut tak cukup duit…” jawab
Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta…

“Saya mahu beli yang ini” kata Pak Pandir sambil menuding jari ke
arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu
pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-
nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam,
Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

“Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!” si penjual kereta berasa
sangat hairan.

“Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah
elok, asyik berkelip-kelip je!”

Kisah Kanggaru

by rajalawak | November 6, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.

Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, “Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?”.

Kanggaru itu menjawab, “Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya


Untuk rekod, angkasawan pertama Malaysia ialah seorang rakyat Terengganu yang berasal dari Besut iaitu

KLIK SINI