Archive for January, 2008

Melintas

by rajalawak | January 29, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

“Fasal apa adik menangis”, tanya Radhi.
“Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong”,pujuk Khalid pulak.
[More]

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
“Tunggu bas ke?”
Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye”

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
“Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?”
[More]

BIHUN VS MEE

by rajalawak | January 29, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, “Dasar si kuning gemuk… ingat orang suka sangat kat dialah tu!” hari-hari berlalu… namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.
[More]

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, “Apa dalam beg tu?”, “Pasir,” jawab Atong.

“Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!” Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.
[More]

Pepatah yang dipatah

by rajalawak | January 28, 2008 | In Lawak Umum No Comments

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah…lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
[More]

Kisah hidupku

by rajalawak | January 24, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami.
[More]

Ular

by rajalawak | January 24, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Noni adalah seorang executive disebuah syarikat pembekal barangan komputer di Shah Alam. Baru bekerja tak sampai setahun tapi popularitinya cukup hebat, cam super star lak kat kilangnyer tuh…bukan sebab dia cantik…bukan sebab body baeekkk…tapi sebab dia seorang yg cukup ceria…disenangi oleh semua orang… Noni nih kerjanya byk terbabit dengan aktiviti luar…jumpa org sana…jumpa org sini (kononnyer ler)…so memang jarang la ade kat opis….kalau tengok punch card banyak kosong dari berisi…tapi org tak cakap apa…sebab dia kan banyak kerja luar…memang ‘nature’ kerja dia cam tuh..
[More]

Kencing

by rajalawak | January 24, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet… Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri… Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. “Dah… dia buat dah perangai lama… Awat hang kencin dlm peti ais…???

“Ani : “Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?”

Ena : “Surat warna Hijau Muda itu bererti “Aku Cinta Padamu”

Ani : “Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?”

Ena : “itu melambangkan Suasana Pilu”
[More]

Kamar 27

by rajalawak | January 22, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas di resepsi adakah kamar no. 27 ada pesakitnya.

Petugas tersebut lalu memeriksa kamar tersebut dan segera kembali ke telefon, memberitahu lelaki tersebut bahawa kamar no. 27 itu memang kosong. “Bagus sekali!” kata si lelaki. “Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri!