Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, “Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye”.
“Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?” jawab Akob.
“Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar”, minta isteri Akob lagi.
“Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?”, jawab Akob mengelak.
“Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas”, kata isteri Akob.
“Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas”, jawab Akob dengan sinis.
[More]
Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:
1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap “Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!”
2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap “Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !”
3. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap “Awas hati-hati, depan luruskan, baguus, ayuh ulangi lagi, pintaarrr…!”
Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. ‘Mummy, mummy? sex tu apa Mi?’..
Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.
Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..
[More]
Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.
Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?
Jeng… jeng… jeng….
[More]
Seorang lelaki yang sedang bercuti menghantar email kepada isterinya tetapi alamat email telah salah ditaip lalu email tersebut melencong terus kepada seorang wanita yg baru kematian suaminya. Selepas membaca email tersebut wanita tersebut menjerit lalu pengsan….
Nak tau apa ditulisnya…..
“Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untuk menunggu kedatanganmu esok………..Ah panas sekali di sini….”
LISA: Berapa harga semeter kain ni?
PENJUAL: Harga 1meter cuma 1ciuman
LISA: Baiklah..bagi saya 10meter..
PENJUAL: (gembira)…ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???
LISA: Jap,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)
Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih
lantai.. Lalu dia mengatakan
“Anda diterima bekerja… berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.”
[More]
Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.
“Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?,” tanya Pak Basri.
“Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,”jawab Sarjo.
“Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?”tanya Pak Basri lagi.
“Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual”.
[More]
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
[More]
Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya…
Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak…. nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani…
Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.
[More]