Archive for August, 2008

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang…. masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.07 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen… mula2 mmg aku tak percaya… tapi…… 1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la… 2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi. 3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la 4. korang tekan ‘clear’ - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi 5. then korang tekan enter - 3x 6. then korang tekan ‘0′ , ‘0′, ‘1′, ‘9′, ‘8′ (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka 7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi 8. tekan butang clear - 2x 9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi 10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang.

[More]

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan
[More]

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya “ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.
[More]

Bulan Madu

by admin | August 16, 2008 | In Lawak 18SX No Comments

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

[More]

Drebar Baru Teksi

by admin | August 16, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: “Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik”

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: “Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!”
Fasha: “Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!”
Pakcik: “Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik”
Fasha: “Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?”
Pakcik: “Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat…”

Fasha: “patutla….”