Archive for November, 2008

KERETAMU KERETA KU JUA

by admin | November 24, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Satu malam tu, kawan perempuan ini, dia baru sahaja balik dari party, tak tahu berapa gelas dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk. Semasa dalam perjalanan balik, dia ditahan oleh polis dan diminta lesen memandu. Pada masa itu, tiba-tiba berlaku satu kemalangan di seberang jalan, agak major jugalah kemalangan itu jadi polis pun bergegas ke tempat kejadian kemalangan. Perempuan ini pula dah takut dan tak tahu nak buat macam mana, lalu dia pun lari balik ke kereta dan menuju terus ke rumah di Klang.

Pada keesokan pagi, polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, “AWAK PERGI MANA SEMALAM?” Perempuan ini pula jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.” Polis itu tanya sekali lagi, “BETUL KER???” Perempuan ini jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK PERGI MANA2, TANYALAH DENGAN HOUSEMATE SAYA.” Polis itu pun kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR SEKEJAP” Lepas itu polis itu tunjuk, “HA!!! ITU KERETA SIAPA??” Perempuan itu macam nak pengsan sebab dia dah terbawa kereta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat kereta dia sebab warna sama - warna putih (wira). Cuma kereta dia tak ada sticker polis kat tepi pintu. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun. …kuikuikui

Anda sedang berhadapan dengan dua orang asli iaitu Lumtau dan Lumtentu.

Anda bertanya kepada Lumtau: “Adakah Lumtentu cakap bohong?”
Lumtau menjawab: “Tidak”.

Tidak puashati, anda bertanya pula kepada Lumtentu: “Adakah Lumtau cakap bohong?”
Lumtentu menjawab: “Tidak”.

Tahulah anda siapa yang berbohong?

Pesakit Jiwa Yang Resah

by admin | November 24, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya.
“Saya sudah tidak tahan lagi, doktor”
“Kenapa?”, tanya doktor dengan ramah.
“Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing”
“Oh ya? Adakah dia menyalak?”
“Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencinginya”

donat VS karipap (18SG)

by admin | November 24, 2008 | In Lawak 18SX No Comments

cerita berkisar di sebuah kem askar dimana seorang jeneral terhendap-hendap umpama nak skodeng anak dara mandi untuk menyiasat staff perempuannya yang dilaporkan menghasilkan karipap dengan cara yg agak menjijikkan. setelah di intip, memang benar didapati staffnya itu membuat karipap dengan menggunakan set gigi palsunya sebagai acuan karipap. Lalu dgn tak semena-menanya disergah staff nya itu.
jeneral : jenab, dah lama saya terima laporan ttg awak buat karipap ni. memang sah awak seorang pengotor….
jenab : tuan baru tengok saya buat karipap..tuan belum tengok suami saya buat donat..( sambil menunding donat di atas meja yang berlubang di tengah ) ….agak-agak macamana suami dia buat donat,ye…

moral : jangan makan donat yang berlubang besar…

MALAS KE SEKOLAH

by admin | November 23, 2008 | In Lawak Umum No Comments

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
[More]

“Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo……
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
[More]

Semalam (15 November 2008) Honda sekali lagi membuat kejutan dengan pengeluaran MPV terbaru syarikat mereka. MPV yang dinamakan Supernova ini dijangka menjadi pesaing hangat buat Proton kerana harga jualan yang jauh lebih murah iaitu hanya RM 56,000 [More]