Archive for January, 2009

Cita-Cita Seman bin Leman

by admin | January 30, 2009 | In Lawak 18SX No Comments

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

Lawak Suami Isteri

by admin | January 30, 2009 | In Lawak Umum No Comments

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je,kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

2x lebih cepat

by admin | January 7, 2009 | In Lawak Umum No Comments

Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk “Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja”. Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya “Kenapa ambil dua buku yang sama? Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?”

“Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja”.

1. Dulu, kalau nak membaca…dari jauh pun boleh baca.
Sekarang dekat2 tak nampak….kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh…suuurrrrr!!!! masuk…..!!!
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas…baru
masuk…

3. Dulu, masa tidur menhadap muka…rapat-rapat,
sekarang berlaga punggung saja… itu pun dah kira rapat sangat dah tu….

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag
ke…), sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…

5. Dulu, pakai baju mesti sama…sama color, sama design, sama
brand….sedondon…
Sekarang, “Asal kau ada baju nak pakai udah la…!”

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
tudung…pakai tudung….
Sekarang, “Alah…you pakai yg “wrinkle free” tu je la….!” (dlm hati….macam la ada orang nak tenagok dia…hiyyyy!!!
Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
sekarang…tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS…”Lama lagi ke?” “Apa aje yg you cari ni…?”

8. Dulu, hebat….!!! sebulan sampai 12 kali…,
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga…

9. Dulu, menunggu pun dah keras….
sekarang, menunggu nak keras…

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn
pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga… “Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke…?”

Teka-Teki Menguji Minda

by admin | January 4, 2009 | In Lawak 18SX No Comments

Ha…cuba teka….jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu

ini jawapannya:-

[More]