Archive for the ‘ Lawak Pendek ’ Category

Fotosintesis

by admin | December 14, 2011 | In Lawak Pendek, Lawak Umum No Comments

CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Din pulak. Apakah tugas daun pisang?

DIN : Untuk membuat “tapai” cikgu..

CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!

Seorang lelaki yg sedang dalam ketakutan menelefon bomba dan berkata ” tolong…tolong….rumah saya terbakar..”

Staff di pejabat bomba menjawab ” awak tinggal di mana?”

Lelaki itu menjawab ” saya terlalu takut…saya tak bole nak bagitau alamat nya..”

Bomba bertanya “bagaimana kami mau kesana?”

Lelaki itu menjawab dengan marah “Bagaimana?..bodo la ko ni…naik la lori bomba korang tu”

GAMBAR TUNANG

by admin | December 7, 2011 | In Lawak Pendek, Lawak Umum No Comments

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk
memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah
ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana
satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri.
Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

Hukuman Mati

by admin | October 20, 2011 | In Lawak Pendek, Lawak Umum No Comments

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..
”Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali”

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya…. dan perpanjangan..

“Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa.” katanya

Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..

“Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa…

Cermin Mata

by admin | October 20, 2011 | In Lawak Pendek, Lawak Umum No Comments

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.