Posts Tagged ‘ hantu ’

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
[More]

Bila Hantu Berborak!

by rajalawak | December 27, 2007 | In Lawak Umum No Comments

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka
pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai
hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu,
Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais… sejuk!!”
Jawab
Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation?
Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas
Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery.
Panjang ceritanya… ” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day,
aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi
actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang
aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab
nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran,
mase
aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku
tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling
umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde
pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku
pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati
lak…
” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ,
sure kita berdua still hidup lagi.